//PEMBELAJARAN ALAM MAYA\\

*Disclaimer




Hello and Welcome my assalamualaikum .. meh sini , atin nk kongsi pembelajaran di alam maya . meh kita kongsi2 ilmu ,

Be nice here, follow please!! :)



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012




Saturday, 4 May 2013 01:12 0 Atashinci(s)


Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi)
Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1)
Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2)
Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3)
FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI (Semua)
Buah bidara masaknya ranum,                                                                                                       Kiambang mekar di hening pagi,                                                                                                     Tatabicara makna mengutum,                                                                                                                   Mari hayati forum kami,
 Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Fatin Nabila bt Zolkifli pengerusi anda pada pagi/petang yang berbahagia ini. 
           
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, kes pembuangan bayi semakin membarah di Negara kita dan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini. “IBU KASIHANILAH ANAKMU”.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan 3 orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan sekalian khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan 3 orang ahli panel kita pada hari ini .
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari _______________________ yang merupakan __________________________ Apa khabar saudari? Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari ____________________________, Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, berkaca mata, manis orangnya, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari_________________________________. Selamat datang juga buat saudari.

Baiklah sebelum saya meneruskan forum ini, molek rasanya saya menerangkan pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan perzinaan dam mengandung anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di  kawasan tapak pembuangan sampah, longkang , lubang tandas, dan tempatawam seperti masjid .
Saudara dan saudari sekalian ,
Apakah kita ingin di gelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan seperti yang berlaku pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam? Kanak-kanak terutamanya perempuan di bunuh dan di tanam hidup-hidup untuk menutup malu demi mempertahankan maruah keluarga.
Ajaran Islam dalam pembuangan bayi sangat di haramkam dalam kalangan masyarakat islam. Perbuatan ini di anggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah di sebut dalam AL-QURAN surah An-Nisa’ ayat 93:
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasanya neraka jahanam kekal dia didalamnya dan ALLAH murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”












Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat pada harini tidak sekadar “ masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.

Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. “ Pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda dan renung-renungkanlah.
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.






assalamualaikum ..


Sunday, 17 March 2013 21:52 0 Atashinci(s)

ehh .. meh kita belajar melalui alam maya... best !!! ni link atin ..


https://aea6056.1bestarinet.net/app/os#