Saturday, 4 May 2013
01:12 ♥
Forum
Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi)
Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1)
Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2)
Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3)
FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI
(Semua)
Buah bidara masaknya
ranum,
Kiambang mekar di hening pagi,
Tatabicara makna mengutum,
Mari hayati forum kami,
Bismillahhirahmannirrahim,
AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal
mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.
Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang
Forum Remaja bersama saya Fatin Nabila bt Zolkifli pengerusi anda pada
pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum
saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum,
dewasa ini, kes pembuangan bayi semakin membarah di Negara kita dan berada
dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu
dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai
dengan tajuk forum kita pada kali ini. “IBU KASIHANILAH ANAKMU”.
Sebelum
mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan
dengan 3 orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau
kerana nampaknya warga dewan sekalian khususnya para jejaka tidak senang duduk
melihat kejelitaan 3 orang ahli panel kita pada hari ini .
Baiklah di
sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari _______________________ yang
merupakan __________________________ Apa khabar saudari? Seterusnya ahli panel
kedua, ayu berbaju kurung saudari ____________________________, Selamat datang
saudari. Dan di hujung sana, berkaca
mata, manis orangnya, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari_________________________________.
Selamat datang juga buat saudari.
Baiklah
sebelum saya meneruskan forum ini, molek rasanya saya menerangkan pengertian
pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan
perzinaan dam mengandung anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan
tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama
di kawasan tapak pembuangan sampah,
longkang , lubang tandas, dan tempatawam seperti masjid .
Saudara dan
saudari sekalian ,
Apakah kita
ingin di gelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan
seperti yang berlaku pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam? Kanak-kanak
terutamanya perempuan di bunuh dan di tanam hidup-hidup untuk menutup malu demi
mempertahankan maruah keluarga.
Ajaran
Islam dalam pembuangan bayi sangat di haramkam dalam kalangan masyarakat islam.
Perbuatan ini di anggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.
Sebagaimana yang telah di sebut dalam AL-QURAN surah An-Nisa’ ayat 93:
Maksudnya:
“Dan
sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasanya neraka jahanam kekal
dia didalamnya dan ALLAH murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar”
Terima kasih saya
ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan
pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat pada harini tidak sekadar “
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kesimpulannya,setiap warga masyarakat
tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan
membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius.Pihak
atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka
mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada
perbuatan tidak bermoral itu.
Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama
dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada
terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut
menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah
merupakan ahli masyarakat. “ Pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air”
fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir! Usah menepuk dada menanya
selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda dan renung-renungkanlah.
Sebelum
mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang
berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa,
tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri
kami sendiri.
Wallahu’alam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan
lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum
Warahmatullahhiwabarakatuh.
Le Owner
Short Biodata
Name: Afiqah Known as: blabla Age: blabla years youngStat: blablaCountry: blablaFav. Colours: blablaLanguage: blablaHobby: blabla Fav Quotes: blabla
Contact Me: Official Blog | Blogskin
Likes:
♥ Eating♥ Blogging♥ One D♥ Chocolates♥ Ice Cream♥ Galaxy Tabby♥ Spongebob Squarepants♥ Black+White♥ Sleeping♥ Natural Beauty
Dislikes
✖ Anons, Haters, Copypasters✖ Liars✖ Snails and all animals that dont have backbones✖ Make up✖ High heels